Cawangan Jerantut Kami
Klinik Primamedik Jerantut

Kunjungi Cawangan Jerantut Kami
Selamat datang ke Klinik Primamedik Jerantut, pusat rawatan kesihatan utama keluarga anda di Bandar Inderapura, Jerantut. Kami amat komited untuk menyediakan rawatan perubatan berkualiti tinggi dan mudah diakses bagi penduduk Jerantut dan sekitarnya. Terletak di Jalan Inderapura 1, klinik moden kami memudahkan anda dan keluarga mendapatkan rawatan doktor yang diyakini. Barisan doktor kami sentiasa memahami keperluan kesihatan warga Jerantut, menawarkan rawatan mesra dan prihatin setiap hari. Sama ada untuk pemeriksaan kesihatan berkala atau rawatan segera, kami sentiasa bersedia memberikan layanan perubatan terbaik terus di kawasan kejiranan anda.
Panel Korporat & Insurans Perubatan
Kami bekerjasama dengan rangkaian panel korporat dan insurans meluas bagi memastikan setiap urusan rawatan anda mudah, lancar, dan tanpa tunai (cashless).
| AIA | MICARE |
| TNB | MEDICLINIC |
| PM CARE | FELCRA BERHAD |
| FOMEMA | MEDNEFITS |
| PAHANG PRIDE KASIH | EMAS |
| HEALTH CONNECT | AMANAH IKHTIAR MALAYSIA |
| PUBLIC BANK | SIME DARBY |
| TADIKA TAHFIZ NEGERI PAHANG | HEALTH METRICS |
| COMPUMED | MENTIGA |
| RISDA | LKPP CORPORATION SDN. BHD. |
| MAJLIS DAERAH JERANTUT | ASP MEDICAL GROUP |
| HOTEL DARUL MAKMUR | SMO BOOKSTORES |
| MARCHSTONE | DYTAN |
| LADANG SAWIT JERANTUT | ZIKAY SYNERGY |
Soalan Lazim (FAQ) Klinik Primamedik Jerantut
1. Apakah waktu operasi Klinik Primamedik Jerantut? Adakah dibuka pada cuti umum atau hari Ahad?
Klinik Primamedik Jerantut beroperasi setiap hari (termasuk hari Ahad dan cuti umum) bermula dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Pesakit boleh hadir mendapatkan rawatan pesakit luar atau pemeriksaan kesihatan tanpa gangguan hari cuti.
2. Apakah senarai panel insurans dan korporat yang diterima di cawangan Jerantut?
Kami menerima lebih 50+ panel korporat dan insurans secara cashless (tanpa tunai) seperti AIA, PM Care, MiCare, Mediclinic, FOMEMA, TNB, KWSP, LHDN, Maybank, Etiqa, Bank Islam, EMAS, Mednefits, Felda, dan lain-lain. Sila kemukakan kad fizikal atau kad digital perubatan anda semasa pendaftaran.
3. Adakah perkhidmatan imbasan ultrasound, saringan kesihatan, dan ujian darah disediakan di Jerantut?
Ya, Klinik Primamedik Jerantut menyediakan khidmat rawatan am pesakit luar, pemeriksaan kesihatan menyeluruh (medical check-up), ujian saringan darah, kesihatan wanita & antenatal, rawatan luka / pembedahan kecil, serta imbasan ultrasound mengikut jadual perkhidmatan cawangan.
4. Di manakah lokasi tepat Klinik Primamedik Jerantut dan bagaimana cara ke sana?
Klinik beralamat di No. 110 & 111, Tingkat Bawah, Jalan Inderapura 1, Bandar Inderapura, 27000 Jerantut, Pahang. Lokasi strategik dan mudah diakses dengan kemudahan ruang parkir berhampiran. Anda boleh carian 'Klinik Primamedik Jerantut' melalui aplikasi Waze atau Google Maps untuk panduan arah navigasi terus ke pintu klinik.
5. Adakah perlu buat temujanji terlebih dahulu atau boleh terus 'walk-in'?
Tiada temujanji diwajibkan; pintu klinik kami sentiasa terbuka untuk pesakit 'walk-in' pada bila-bila masa sepanjang waktu operasi. Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan rawatan tertentu, anda juga boleh hubungi klinik di 09-2671191.
Hubungi Klinik Primamedik Jerantut
Kami Sedia Mendengar & Prihatin Terhadap Kesihatan Anda
Alamat
Waktu Operasi
Monday – Sunday (Including Public Holiday) 8.00 AM – 12.00 AM
PERKHIDMATAN KAMI DI Klinik Primamedik Jerantut
Penjagaan Perubatan Lengkap Khusus Untuk Keperluan Keluarga Anda.
Ketahui standard kecemerlangan klinikal kami, direka khas untuk memberikan rawatan perubatan yang pantas, tepat, dan selesa bagi setiap pesakit.
ULASAN PESAKIT DI Klinik Primamedik Jerantut
Apa Kata Pesakit Kami
Sejak 2014, barisan doktor dan staf perubatan kami telah membantu ribuan keluarga kekal sihat. Baca ulasan ikhlas daripada pesakit kami di sini.











TEMPAH TEMUJANJI DI KLINIK PRIMAMEDIK
Kesihatan Anda dan Keluarga Keutamaan Kami
Pilih cawangan berdekatan dan hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji rawatan. Mudah, pantas, dan selesa.
