Cawangan Rompin Kami
Klinik Primamedik Rompin

Kunjungi Cawangan Rompin Kami
Selamat datang ke Klinik Primamedik Rompin, rakan kesihatan keluarga anda di Bandar Baru, Kuala Rompin. Kami amat komited untuk menyediakan rawatan perubatan berkualiti tinggi bagi warga Kuala Rompin dan kawasan sekitar. Terletak di Jalan Pasar, klinik moden kami memudahkan anda sekeluarga mendapatkan rawatan doktor yang diyakini. Barisan doktor kami sentiasa memahami keperluan kesihatan warga Rompin, menawarkan rawatan mesra dan prihatin setiap hari. Sama ada untuk pemeriksaan kesihatan berkala atau rawatan segera, kami sentiasa bersedia memberikan layanan perubatan terbaik terus di kawasan kejiranan anda.
Panel Korporat & Insurans Perubatan
Kami bekerjasama dengan rangkaian panel korporat dan insurans meluas bagi memastikan setiap urusan rawatan anda mudah, lancar, dan tanpa tunai (cashless).
| AIA | MICARE |
| TNB | MEDICLINIC |
| EMAS | FOMEMA |
| INDAH WATER | MEDNEFITS |
| PM CARE | FELDA |
| RHB | AGRO BANK |
| MAYBANK | BANK NEGARA MALAYSIA |
| BANK MUAMALAT | BANK RAKYAT |
| BANK ISLAM | LHDN |
| KWSP | ETIQA |
| TABUNG HAJI | BSN |
| POS MALAYSIA | POS LAJU |
| FGV | MED KAD |
| MARRYBROWN | FELCRA BERHAD |
| NAFAS | TADIKA TAHFIZ NEGERI PAHANG |
| MCD | AFA GROUP |
| MENTIGA | YP MAINTENANCE SDN. BHD. |
| COMPUMED | WATSONS |
| VIEURA | MR. DIY |
| TF VALUE MART | ASP MEDICAL GROUP |
| ROBIN | INTERNATIONAL ASSISTANCE SDN. BHD. |
| EAST ROCK | PERNAMA |
| SD GUTRIE | ECO SHOP |
| ALAMFLORA | KOSMA |
| SSF HOME | AEON CREDIT SERVICE |
| SEHATI | GO’BANG MAJU |
| FAMILY MART | PERKESO |
Soalan Lazim (FAQ) Klinik Primamedik Rompin
1. Apakah waktu operasi Klinik Primamedik Rompin? Adakah dibuka pada cuti umum atau hari Ahad?
Klinik Primamedik Rompin beroperasi setiap hari (termasuk hari Ahad dan cuti umum) bermula dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Pesakit boleh hadir mendapatkan rawatan pesakit luar atau pemeriksaan kesihatan tanpa gangguan hari cuti.
2. Apakah senarai panel insurans dan korporat yang diterima di cawangan Rompin?
Kami menerima lebih 50+ panel korporat dan insurans secara cashless (tanpa tunai) seperti AIA, PM Care, MiCare, Mediclinic, FOMEMA, TNB, KWSP, LHDN, Maybank, Etiqa, Bank Islam, EMAS, Mednefits, Felda, dan lain-lain. Sila kemukakan kad fizikal atau kad digital perubatan anda semasa pendaftaran.
3. Adakah perkhidmatan imbasan ultrasound, saringan kesihatan, dan ujian darah disediakan di Rompin?
Ya, Klinik Primamedik Rompin menyediakan khidmat rawatan am pesakit luar, pemeriksaan kesihatan menyeluruh (medical check-up), ujian saringan darah, kesihatan wanita & antenatal, rawatan luka / pembedahan kecil, serta imbasan ultrasound mengikut jadual perkhidmatan cawangan.
4. Di manakah lokasi tepat Klinik Primamedik Rompin dan bagaimana cara ke sana?
Klinik beralamat di No. 43 & 44, Tingkat Bawah, Jalan Pasar, Bandar Baru, 26800 Kuala Rompin, Pahang.. Lokasi strategik dan mudah diakses dengan kemudahan ruang parkir berhampiran. Anda boleh carian 'Klinik Primamedik Rompin' melalui aplikasi Waze atau Google Maps untuk panduan arah navigasi terus ke pintu klinik.
5. Adakah perlu buat temujanji terlebih dahulu atau boleh terus 'walk-in'?
Tiada temujanji diwajibkan; pintu klinik kami sentiasa terbuka untuk pesakit 'walk-in' pada bila-bila masa sepanjang waktu operasi. Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan rawatan tertentu, anda juga boleh hubungi klinik di 010-979 2532.
Hubungi Klinik Primamedik Rompin
Kami Sedia Mendengar & Prihatin Terhadap Kesihatan Anda
Alamat
Waktu Operasi
Isnin – Ahad (Termasuk Cuti Umum)
8.00 Pagi – 12.00 Tengah Malam
PERKHIDMATAN KAMI DI Klinik Primamedik Rompin
Penjagaan Perubatan Lengkap Khusus Untuk Keperluan Keluarga Anda.
Ketahui standard kecemerlangan klinikal kami, direka khas untuk memberikan rawatan perubatan yang pantas, tepat, dan selesa bagi setiap pesakit.
ULASAN PESAKIT DI Klinik Primamedik Rompin
Apa Kata Pesakit Kami
Sejak 2014, barisan doktor dan staf perubatan kami telah membantu ribuan keluarga kekal sihat. Baca ulasan ikhlas daripada pesakit kami di sini.
TEMPAH TEMUJANJI DI KLINIK PRIMAMEDIK
Kesihatan Anda dan Keluarga Keutamaan Kami
Pilih cawangan berdekatan dan hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji rawatan. Mudah, pantas, dan selesa.
